Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang. "SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!" Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada kesilapan yang kita pernah buat.
Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan. Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya.
Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.
forexclub





